Friday, January 7, 2011

Semalam bersama pelajar pergigian tahun 3

Assalamualaikum…

Malam tadi, kami ber-qiamulail bersama dengan senior brothers dan sisters dentistry 3rd year… selepas ceramah di Masjid KOM, kitorang bergerak ke KOP… aktiviti pertama ialah ta’aruf seperti biase dan disusuli dengan games “campus tour”… yang mana mata kami ditutup dan kami dipimpin oleh seniors berjalan sekitar KOP…

Motif “campus tour” ialah untuk mewujudkan sifat percaya… yang dipimpin; serta tanggungjawab pemimpin… serta perlunya yang dipimpin mempercayai pemimpin…

Dalam kami berjalan tu, ada gak sinaran lampu suluh dipancarkan… tapi kejap-kejap saje…

So, ape kaitannya mende ni dari segi rohaniahnya?

Kite sebagai manusia perlu mempunyai pemimpin… dan sudah tentu pemimpin kita Rasulullah S.A.W , sunnahnya dan Al-Quran… dalam kita berada dalam kegelapan, kita tak Nampak ape-ape, tapi kita ada pemimpin… maka kita harus mempercayai dia… cahaya? Itu adalah sinar Islam yang hadir pada kita…

Allah itu maha mengetahui manusia itu lemah... kerana itu, Dia hadirkan pemimpin untuk membimbing kite... :) Dia tak tinggalkan kite kesorangan terkontang-kanting tanpa arah...

dan kite sendiri adalah pemimpin... khalifah dimuka bumi ni...

Kemudian kami mendengar tazkirah dari Bro. Faiz dan jugak Bro. Badriuzaman… kemudian, ada sedikit jamuan lewat malam… dan selepas tu, kami brothers bergerak ke Masjid KOM untuk tidur, dan sisters di Surau KOP…

Pukul 5.00 pagi, kami berkumpul semula di Surau KOP untuk berqiamulail… dimulai dengan zikir oleh Saifullah, batch leader kami, dan kami menunaikan solat sunat diimamkan oleh Nik dan solat subuh diimamkan oleh Bro. Fariss… kemudian ada kuliah subuh oleh Bro. Fariss dan Shafiq…

Kemudian kami membaca Mathurat… dan perjumpaan kami diakhiri dengan sarapan pagi….

Terima kasih tak terhingga kepada pelajar tahun 3 yang sudi meluangkan masa bersama kami walaupun kami tahu, pelajar tahun 3 sibuk dengan clinic, lab dan jugak medical posting, kelas… tapi, perjumpaan malam tadi telah Berjaya mengeratkan lagi hubungan pelajar tahun 1 dan 3...

Terima kasih pada semua yang hadir….

Ukhwah fillah….

No comments:

Post a Comment